Majlis Anugerah Kumpulan Matematik Terbaik 2 Cendekiawan

Tarikh: 16 November 2010
Masa: 9.00 pagi (waktu P&P Math)
Tempat: Makmal Matematik


Untuk makluman, majlis ini adalah kemuncak program Group Point Value (GPV) yang di ilham oleh guru subjek Matematik 2 Cendekiawan, En Aizasharizam di mana pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan dan sepanjang tahun 2010, mereka akan diberi mata berdasarkan aktiviti-aktiviti serta ujian-ujian yang dihadapi. Tahniah kepada kumpulan 3, yang diketuai oleh Sdri Michele dan rakan-rakan.

Majlis diserikan lagi dengan penganugerahan hadiah yang berupa sumbangan peribadi guru subjek mereka oleh Ketua Panitia Matematik En Zulkifli Zakaria.


Terima kasih kepada kepada En Zulkifli Zakaria dan semua pelajar 2 C endekiawan.

BENGKEL MEMBINA BLOG KEPADA PENGERUSI DAN N. PENGERUSI KELAB SUKAN DAN PERMAINAN, SMS LABUAN

Tarikh: 15 November 2010
Masa: 11.05 hingga 2.00 ptg
Tempat: Makmal Bestari

Atas permintaan Cik Rokiah Abdulah, PK KoKum SMSL , yang memohon agar Pengerusi dan Naib Pengerusi diberi pengetahuan untuk membina blog kerana tertarik dengan pembangunan blog kelab hoki (http://kelabhokismsl.blogspot.com.) , yang dibangunkan oleh saya sebagai penasihat.

Untuk itu seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah menyertai bengkel ini dengan objektifnya, diakhir bengkel setiap kelab sukan dan permainan smsl mempunyai blog sendiri.

Terdapat sedikit masalah internet walaubagaimanapun keseluruhannya adalah memuaskan.Semoga semua berjaya dalam blogging.

Kelab yang setakat ini mempunyai blog.
http://kelabbolajaringsmsl.blogspot.com/
http://kelabmemanahsmsl.blogspot.com/
http://kelabcatursmsl.blogspot.com/

TAKLIMAT MATAPELAJARAN ELEKTIF BAGI LEPASAN PMR SMSL

Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 8.00 hingga 9.00 pg
Tempat: Makmal Fizik

Sebagai aktiviti sokongan dalam program selepas PMR, guru-guru matapelajaran elektif dikehendaki menyampaikan taklimat pengenalan tentang matapelajaran tersebut kepada pelajar PMR iaitu pelajar tingkatan 3.
Panitia Fizik yang diwakili oleh cikgu Aizasharizam telah menyampai taklimat matapelajaran Fizik kepada pelajar. Modul taklimat digunakan adalah Pra-Ambang SPM yang mana mengandungi isi kandungan:
  1. Basic Physics
  2. Strategi Markah Minimum
  3. Persiapan Buku dan Nota 2011

Semoga pelajar tingkatan 3 mendapat gambaran apa yang akan diajar semasa tingkatan 4 nanti dan dapat bersedia dengan buku dan peralatan yang dikehendaki. Semoga maju jaya.

BAHAN ILMIAH

-untuk perkongsian dan sebarang komen penambahbaikan dialu-alukan

Modul Excel Paper 2 (Form 2)