Kursus Manikayu Peringkat 1:Penerangan

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8pg hingga 5.00 ptg
Tempat :Perpustakaan Batu Manikar, WP Labuan

Alhamdulillah, Kursus Manikayu Pengakap (atau Kursus Kejurulatihan Pengakap) peringkat 1: Penerangan berjalan lancar. Saya bersama En Khairul telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh PPM cawangan Labuan dengan kerjasama JPNWPL.
Secara peribadinya saya pernah mengikuti kursus sebegini pada tahun 2002, walaubagaimanapun memandangkan pada April tahun ini sukatan Kursus Manikayu telah diubah dan menjadi 5 peringkat iaitu; Peringkat 1: Penerangan, Peringkat 2:Kursus(Camping) ,Peringkat 3: LDP, Peringkat 4 (Camping-XPDC), dan Peringkat 5(Lawatan). Adalah wajar untuk diambil sekali lagi bermula dari awal apatah lagi banyak perkara agak ingat-ingat lupa. Cuma diharapkan tiada masalah kekangan masa dan sebagainya yang menghalang untuk mengikuti peringkat 2 hingga peringkat seterusnya seperti dirancang oleh PPM labuan.

Barisan Jurulatih

Projek KML: Tabung Duit
(Antahlah, skipper nampak indak lobang duitnya di mana nanti)
Terima kasih kepada PPM, MPN dan JPWPL kerana mengadakan kursus ini. Semoga ketetapan untuk kursus lanjutan tidak terselisih dengan apa-apa program supaya membolehkan guru-guru menyertai kursus. Salam Berpengakap!

KASTEK 2010 SMSL: Pertandingan Roket

Tarikh: 21 dan 22 Oktober 2010 (Khamis/Jumaat)
Tempat: Padang SMSL
Masa: 2-3.30 ptg/7.30 pg-9.00pm

Minggu Sains dan Teknologi SMSL yang juga bersempena dengan program Selepas PMR menyaksikan beberapa pertandingan ko akademik dipertandingkan termasuklah Pertandingan Roket yang dikelolakan oleh En Aizasharizam dan En Aliakhbar.
Turut sama turun ke padang memeriahkan bersama pertandingan roket adalah PK Kokurikulum, Cik Rokiah dan Guru Kanan Bidang Pn Rohana Yasin merangkap Hakim Jemputan.
Pertandingan ini tergendala pada hari Khamis kerana kerosakan pada pelancar roket dan terpaksa ditunda pada keesokkan harinya. Akhirnya, keputusan pertandingan ini memihak kepada Rumah Panglima diikuti Naib Juara Rumah Bendahara, Rumah Lakasamana ke-3 dan Temenggung ke-4.

Semoga pertandingan ini akan diteruskan tahun hadapan dan permohonan untuk membeli pelancar roket sebenar yang lebih kukuh diluluskan memandangkan pertandingan ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu-ilmu sains dan menggalakkan pemikiran kreatif pelajar. Terima kasih kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.

JOTA-JOTI 2010

Tarikh: 15-16 Oktober 2010
Masa: 8pg - 9 mlm
Tempat : Perpustakaan Batu Manikar.

JOTA-JOTI ataupun Jamboree on Air and Jamboree on Internet, adalah satu program yang dianjurkan oleh kumpulan pengakap seluruh dunia sempena sambutan Hari Pengakap Sedunia. PPM cawangan Labuan turut menganjurkan acara ini dan menjemput pengakap-pengakap sekolah untuk menyertainya.
Pengakap Kump 19 SMS Labuan turut menghantar 4 orang peserta dalam program ini diiringi oleh En Khairul Isa dan En Aizasharizam sebagai guru pengiring. Walaupun penyertaan yang sedikit memandangkan berkebetulan pelajar balik bermalam, pengalaman 4 pelajar ini akan tetap boleh dikongsikan bersama kelak.



 Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengakap diajar cara mengadakan hubungan komunikasi melalui radio (Radio Amateur) dan internet "chatting" bagi mendekatkan persaudaraan dengan ahli-ahli pengakap lain seluruh dunia. Antara pengalaman pengakap SMSL adalah berkomunikasi dengan pengakap dari Jepun dan juga Indonesia. Selepas program ini, pengakap di anugerahkan dengan lencana JOTA-JOTI 2010.


Terima kasih kepada PPM terutama Scape Irfan, Scape Rahman dan lain-lain dari PPM Labuan dan tahniah kepada Pengakap SMSL.

Laporan: Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan

Kursus Ketua Patrol Dan 6 Sekawan
Serta Sambutan Hari Pengakap Sedunia
(anjuran JPNWPL dan Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan)
Tarikh: 1-3 Oktober 2010
Tempat: Pusat Ko-Kurikulum WP Labuan

Sekolah Menengah Sains Labuan turut menyertai kursus tersebut dengan menghantar seramai 7 orang pelajar daripada tingkatan 2. Peserta kursus diajar tentang ilmu-ilmu kepengakapan seperti pengendalian istiadat bendera, isyarat-isyarat pengakap, tatatertib pemakaian dan lain-lain lagi sepertimana yang terkandung dalam silibus kursus ketua patrol. Pengendalian kursus di uruskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Labuan dan dibantu guru-guru pengakap sekolah rendah dan menengah diketuai oleh Cikgu Yaakob dari SMK Lajau merangkap Pengerusi Teknik Pengakap JPWPL. Antara yang menarik ialah persembahan makan Malam Kebudayaan serta  Majlis Penutup dan Pemberian Anugerah Sempena Sambutan Hari Pengakap Sedunia. Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yg. Bhg. Tuan Haji Kaharuddin Momin dan juga Pengarah Pelajaran JPWPL, En Muhamad Zaki.


 Aktiviti Berkumpulan


 Kursus Ketua Patrol

 Wakil Peserta Dari SMSL

PROGRAM RAHSIA PEMERIKSA 2010: FIZIK

Tarikh: 25 September 2010
Tempat: Bilik Pancaindera SMSL
Penceramah: En. Ruslan Bustani (Pengetua, SMK Datuk Harun, Selangor)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga pelajar kita mendapat 100% "A" dalam Fizik tahun ini.Insya-Allah.















BAHAN ILMIAH

-untuk perkongsian dan sebarang komen penambahbaikan dialu-alukan

Modul Excel Paper 2 (Form 2)