Majlis Anugerah Kumpulan Matematik Terbaik 2 Cendekiawan

Tarikh: 16 November 2010
Masa: 9.00 pagi (waktu P&P Math)
Tempat: Makmal Matematik


Untuk makluman, majlis ini adalah kemuncak program Group Point Value (GPV) yang di ilham oleh guru subjek Matematik 2 Cendekiawan, En Aizasharizam di mana pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan dan sepanjang tahun 2010, mereka akan diberi mata berdasarkan aktiviti-aktiviti serta ujian-ujian yang dihadapi. Tahniah kepada kumpulan 3, yang diketuai oleh Sdri Michele dan rakan-rakan.

Majlis diserikan lagi dengan penganugerahan hadiah yang berupa sumbangan peribadi guru subjek mereka oleh Ketua Panitia Matematik En Zulkifli Zakaria.


Terima kasih kepada kepada En Zulkifli Zakaria dan semua pelajar 2 C endekiawan.

BAHAN ILMIAH

-untuk perkongsian dan sebarang komen penambahbaikan dialu-alukan

Modul Excel Paper 2 (Form 2)