Majlis Anugerah Kumpulan Matematik Terbaik 2 Cendekiawan

Tarikh: 16 November 2010
Masa: 9.00 pagi (waktu P&P Math)
Tempat: Makmal Matematik


Untuk makluman, majlis ini adalah kemuncak program Group Point Value (GPV) yang di ilham oleh guru subjek Matematik 2 Cendekiawan, En Aizasharizam di mana pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan dan sepanjang tahun 2010, mereka akan diberi mata berdasarkan aktiviti-aktiviti serta ujian-ujian yang dihadapi. Tahniah kepada kumpulan 3, yang diketuai oleh Sdri Michele dan rakan-rakan.

Majlis diserikan lagi dengan penganugerahan hadiah yang berupa sumbangan peribadi guru subjek mereka oleh Ketua Panitia Matematik En Zulkifli Zakaria.


Terima kasih kepada kepada En Zulkifli Zakaria dan semua pelajar 2 C endekiawan.

BENGKEL MEMBINA BLOG KEPADA PENGERUSI DAN N. PENGERUSI KELAB SUKAN DAN PERMAINAN, SMS LABUAN

Tarikh: 15 November 2010
Masa: 11.05 hingga 2.00 ptg
Tempat: Makmal Bestari

Atas permintaan Cik Rokiah Abdulah, PK KoKum SMSL , yang memohon agar Pengerusi dan Naib Pengerusi diberi pengetahuan untuk membina blog kerana tertarik dengan pembangunan blog kelab hoki (http://kelabhokismsl.blogspot.com.) , yang dibangunkan oleh saya sebagai penasihat.

Untuk itu seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah menyertai bengkel ini dengan objektifnya, diakhir bengkel setiap kelab sukan dan permainan smsl mempunyai blog sendiri.

Terdapat sedikit masalah internet walaubagaimanapun keseluruhannya adalah memuaskan.Semoga semua berjaya dalam blogging.

Kelab yang setakat ini mempunyai blog.
http://kelabbolajaringsmsl.blogspot.com/
http://kelabmemanahsmsl.blogspot.com/
http://kelabcatursmsl.blogspot.com/

TAKLIMAT MATAPELAJARAN ELEKTIF BAGI LEPASAN PMR SMSL

Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 8.00 hingga 9.00 pg
Tempat: Makmal Fizik

Sebagai aktiviti sokongan dalam program selepas PMR, guru-guru matapelajaran elektif dikehendaki menyampaikan taklimat pengenalan tentang matapelajaran tersebut kepada pelajar PMR iaitu pelajar tingkatan 3.
Panitia Fizik yang diwakili oleh cikgu Aizasharizam telah menyampai taklimat matapelajaran Fizik kepada pelajar. Modul taklimat digunakan adalah Pra-Ambang SPM yang mana mengandungi isi kandungan:
  1. Basic Physics
  2. Strategi Markah Minimum
  3. Persiapan Buku dan Nota 2011

Semoga pelajar tingkatan 3 mendapat gambaran apa yang akan diajar semasa tingkatan 4 nanti dan dapat bersedia dengan buku dan peralatan yang dikehendaki. Semoga maju jaya.

Kursus Manikayu Peringkat 1:Penerangan

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8pg hingga 5.00 ptg
Tempat :Perpustakaan Batu Manikar, WP Labuan

Alhamdulillah, Kursus Manikayu Pengakap (atau Kursus Kejurulatihan Pengakap) peringkat 1: Penerangan berjalan lancar. Saya bersama En Khairul telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh PPM cawangan Labuan dengan kerjasama JPNWPL.
Secara peribadinya saya pernah mengikuti kursus sebegini pada tahun 2002, walaubagaimanapun memandangkan pada April tahun ini sukatan Kursus Manikayu telah diubah dan menjadi 5 peringkat iaitu; Peringkat 1: Penerangan, Peringkat 2:Kursus(Camping) ,Peringkat 3: LDP, Peringkat 4 (Camping-XPDC), dan Peringkat 5(Lawatan). Adalah wajar untuk diambil sekali lagi bermula dari awal apatah lagi banyak perkara agak ingat-ingat lupa. Cuma diharapkan tiada masalah kekangan masa dan sebagainya yang menghalang untuk mengikuti peringkat 2 hingga peringkat seterusnya seperti dirancang oleh PPM labuan.

Barisan Jurulatih

Projek KML: Tabung Duit
(Antahlah, skipper nampak indak lobang duitnya di mana nanti)
Terima kasih kepada PPM, MPN dan JPWPL kerana mengadakan kursus ini. Semoga ketetapan untuk kursus lanjutan tidak terselisih dengan apa-apa program supaya membolehkan guru-guru menyertai kursus. Salam Berpengakap!

KASTEK 2010 SMSL: Pertandingan Roket

Tarikh: 21 dan 22 Oktober 2010 (Khamis/Jumaat)
Tempat: Padang SMSL
Masa: 2-3.30 ptg/7.30 pg-9.00pm

Minggu Sains dan Teknologi SMSL yang juga bersempena dengan program Selepas PMR menyaksikan beberapa pertandingan ko akademik dipertandingkan termasuklah Pertandingan Roket yang dikelolakan oleh En Aizasharizam dan En Aliakhbar.
Turut sama turun ke padang memeriahkan bersama pertandingan roket adalah PK Kokurikulum, Cik Rokiah dan Guru Kanan Bidang Pn Rohana Yasin merangkap Hakim Jemputan.
Pertandingan ini tergendala pada hari Khamis kerana kerosakan pada pelancar roket dan terpaksa ditunda pada keesokkan harinya. Akhirnya, keputusan pertandingan ini memihak kepada Rumah Panglima diikuti Naib Juara Rumah Bendahara, Rumah Lakasamana ke-3 dan Temenggung ke-4.

Semoga pertandingan ini akan diteruskan tahun hadapan dan permohonan untuk membeli pelancar roket sebenar yang lebih kukuh diluluskan memandangkan pertandingan ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu-ilmu sains dan menggalakkan pemikiran kreatif pelajar. Terima kasih kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.

JOTA-JOTI 2010

Tarikh: 15-16 Oktober 2010
Masa: 8pg - 9 mlm
Tempat : Perpustakaan Batu Manikar.

JOTA-JOTI ataupun Jamboree on Air and Jamboree on Internet, adalah satu program yang dianjurkan oleh kumpulan pengakap seluruh dunia sempena sambutan Hari Pengakap Sedunia. PPM cawangan Labuan turut menganjurkan acara ini dan menjemput pengakap-pengakap sekolah untuk menyertainya.
Pengakap Kump 19 SMS Labuan turut menghantar 4 orang peserta dalam program ini diiringi oleh En Khairul Isa dan En Aizasharizam sebagai guru pengiring. Walaupun penyertaan yang sedikit memandangkan berkebetulan pelajar balik bermalam, pengalaman 4 pelajar ini akan tetap boleh dikongsikan bersama kelak.



 Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengakap diajar cara mengadakan hubungan komunikasi melalui radio (Radio Amateur) dan internet "chatting" bagi mendekatkan persaudaraan dengan ahli-ahli pengakap lain seluruh dunia. Antara pengalaman pengakap SMSL adalah berkomunikasi dengan pengakap dari Jepun dan juga Indonesia. Selepas program ini, pengakap di anugerahkan dengan lencana JOTA-JOTI 2010.


Terima kasih kepada PPM terutama Scape Irfan, Scape Rahman dan lain-lain dari PPM Labuan dan tahniah kepada Pengakap SMSL.

Laporan: Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan

Kursus Ketua Patrol Dan 6 Sekawan
Serta Sambutan Hari Pengakap Sedunia
(anjuran JPNWPL dan Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan)
Tarikh: 1-3 Oktober 2010
Tempat: Pusat Ko-Kurikulum WP Labuan

Sekolah Menengah Sains Labuan turut menyertai kursus tersebut dengan menghantar seramai 7 orang pelajar daripada tingkatan 2. Peserta kursus diajar tentang ilmu-ilmu kepengakapan seperti pengendalian istiadat bendera, isyarat-isyarat pengakap, tatatertib pemakaian dan lain-lain lagi sepertimana yang terkandung dalam silibus kursus ketua patrol. Pengendalian kursus di uruskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Labuan dan dibantu guru-guru pengakap sekolah rendah dan menengah diketuai oleh Cikgu Yaakob dari SMK Lajau merangkap Pengerusi Teknik Pengakap JPWPL. Antara yang menarik ialah persembahan makan Malam Kebudayaan serta  Majlis Penutup dan Pemberian Anugerah Sempena Sambutan Hari Pengakap Sedunia. Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yg. Bhg. Tuan Haji Kaharuddin Momin dan juga Pengarah Pelajaran JPWPL, En Muhamad Zaki.


 Aktiviti Berkumpulan


 Kursus Ketua Patrol

 Wakil Peserta Dari SMSL

PROGRAM RAHSIA PEMERIKSA 2010: FIZIK

Tarikh: 25 September 2010
Tempat: Bilik Pancaindera SMSL
Penceramah: En. Ruslan Bustani (Pengetua, SMK Datuk Harun, Selangor)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga pelajar kita mendapat 100% "A" dalam Fizik tahun ini.Insya-Allah.















Soalan Trial Fizik SBP 2010

ada di laman MUAT-TURUN dalam blog fizik saya.Klik sidebar ditepi tu, FIZIK TO ALL atau klik sini untuk direct access ke sana.

Update News!!!

Check blog panitia math untuk dapatkan soalan ramalan ujian ogos dan spesifikasi ujian!Untuk tingkatan 2 dan lain2.
Untuk pelajar FIZIK ...ada dimasukkan PPT dan fail2 berkenaan teknik menjawab dalam blog physicsformfoursmsl.blogspot.com. Check it out!!
Ada sedikit news and pics dalam blog jkbiasiswa.Check it also..

BERSEDIALAH UNTUK UJIAN OGOS....semoga berjaya dan selamat menjalani ibadah puasa.

SELAMAT BERCUTI...

Selamat bercuti kepada semua pelajar. Diharap semasa cuti anda tidak alpa dan lupa tanngugjawab anda sebagai pelajar ya..main-main juga..pelajaran jgn lupa.So buka sekolah ni ada dua paper exam yang mana kedua-duanya cukup penting bagi cikgu, Math F2 dan Physics F4 akan ditempuhi pelajar.Jadi bersedialah.

Sebenarnya bagus juga exam ni selepas cuti, ini memberi peluang kpd pelajar melawat web blog akademik cikgu. Cuma pelajar nih, buka ke tidak weblog akademik tuh, takutnya..kalau surf internet takde keje lain..kalau tak facebook,frenster atau sosial networking mesti main game...jadi akhirnya yang ketinggalan dan ruginye kamu juga.

So make sure visit blog panitia math dan juga fizik...kita ada soalan pra exam ,nota dan sukatan soalan yang akan ditanya dalam exam. Tak tau laa saya ..sampai begitu cikgu2 buat..tak pass lagi...tak tau laa.

Apa-apapun semoga anda semua menjaga kesihatan dan keselamatan diri anda semasa cuti ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi buka sekolah nanti.

Perjumpaan Mentor-Mentee



Tarikh: 26 April 2010
Tempat: Dewan Samudera

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan diikuti aktiviti "Telefon Karat" sebagai mana mengikut modul UBK.Selepas itu ada sedikit majlis penyampaian hadiah kepada mentee yang berjaya dalam ujian MAC.Kepda yang tidak berjaya, jgn putus asa.

Update news

-create kelabhokismsl.blogspot.com today.

Update News

1.Thanks to Herwana for being the first follower.Cikgu ingat lagi kamu.Masih di Matrik Labuan ke dimana sekarang?
2.Contoh buku aturcara for Miss Melisa..moga2 dapat membantu.Check sidebar.

Update News..

Download soalan di laman fizik.Check it out.

Terharu...

Ini kiriman sms dari isteri tercinta mengucapkan ucapan terima kasih, mungkin kerana merasakan sumbangan saya mengajar kelas tambahan Fizik malam-malam di SMK Pantai,berbaloi.(kalau tak,saya jugak kena jaga anak.Lebih baik saya mengajar...hehehe.).

Tahniah kepada SMK Pantai kerana khabarnya peningkatan pencapaian subjek Fizik SPM 2009 dengan kelulusan 100%.Semua itu atas kesungguhan usaha anak-anak pelajar dan juga kehendak Tuhan.Tahniah kepada semua pelajar projek Fizik itu...yang kurang bernasib baik itu, bersabarlah yer..ada hikmahnya itu...

Update News.

Check pre-test ujian mac form 2 in panitia-math-smsl.blogspot, and also spek ujian mac bagi fizik form 4.Check it out.

BAHAN ILMIAH

-untuk perkongsian dan sebarang komen penambahbaikan dialu-alukan

Modul Excel Paper 2 (Form 2)