BENGKEL PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN SETARA SPM FIZIK JPWPL

Tarikh: 26 - 28 Mei 2011
Tempat: Bilik Mesyuarat SMKM

Antara hadir:En Hisyam, Pn Jaliha, En Shuhud dan isteri, Pn Misinah dan beberapa org guru lagi

Aktiviti: Perjumpaan guru-guru Fizik sekolah-sekolah di Labuan bagi membuat soalan percubaan SPM selaras. Bengkel berjalan lancar tanpa ada gangguan.

(gambar akan menyusul nanti)

LDP: Kesihatan Holistik Pemakanan & Penyakit

Tempat- Bilik Mesyuarat SMSL
Masa-2-4pm
Published with Blogger-droid v1.6.8

Ceramah Akta Jenayah Syariah

Dewan Samudera SMSL
Anjuran Jawi.

Ceramah ttg akta2 pihak Jabatan Agama Islam dalam mencegah maksiat.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Perjumpaan Pengakap

Latihan Modul Gajet
Published with Blogger-droid v1.6.8

Perjumpaan Tingkatan 4

Tempat: Dewan Samudera
Masa: 6.45-7.35 pg

Kehadiran
1. En Aizasharizam (penyelaras)
2. En Nazmi (Guru Kelas)
3. Ustzh Suhaidaa Abdullah
4. Cik Avila

Minit
i-teguran tentang Buku Kehadiran tanggungjawab bersama guru kelas dan ketua kelas.
ii-peringatan utk jgn lupa belajar kerana semasa T4, memang banyak aktiviti akan mereka terlibat.Silibus T4 lebih banyak ditanya dlm SPM berbanding T5 bg sesetengah subjek.
iii-teguran untuk menyelesaikan masalah dalaman dalam pergaulan dan tidak menyisih kelas baru sehingga jelas ada klik2/grup2 tertentu.
iv-teguran untuk menjaga disiplin supaya rekod tidak cemar dalam sijil berenti sekolah.

MSSWPL

AJK Perbarisan Penutup
Published with Blogger-droid v1.6.8

Perjumpaan MentorMentee 2/11

Tarikh:28/3/11
Modul stress. Pelajar tamatkan perjumpaan dgn membakar kertas yg disenaraikan stress2 mereka sbg simbolik tamatkan stress.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Bengkel BKP online

Tarikh-5/4
Tempat-BTP wpl
Masa-2 ptg

Taklimat biasa.online Sbp pd 10.4.

MESYUARAT PENYELARAS BKP SBP

Tarikh: 22 Februari 2011
Tempat: HQ,Cyberjaya.

Terima kasih kepada rakanku E, yg sudi meminjamkan tempat tidurnya.
Terima kasih kepada cikgu amalina sbp bukit mertajam kerana sudi hantar ke terminal KLIA TRANSIT...

SUKAN ANTARA RUMAH-HOKI 2011

Photobucket
Tarikh: 14 hingga 20 Februari 2010
Tempat: Padang/Gelanggang Hoki
Bertindak sebagai Pengelola dan Referee.

Perkhemahan Unit Uniform 2011

Pasukan Pengakap Tingkatan 4
Tarikh: 10-12 Februari 2010
Tempat: Pusat Ko WPL
Bertindak sebagai Kem Komandan.

Majlis Anugerah Kumpulan Matematik Terbaik 2 Cendekiawan

Tarikh: 16 November 2010
Masa: 9.00 pagi (waktu P&P Math)
Tempat: Makmal Matematik


Untuk makluman, majlis ini adalah kemuncak program Group Point Value (GPV) yang di ilham oleh guru subjek Matematik 2 Cendekiawan, En Aizasharizam di mana pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan dan sepanjang tahun 2010, mereka akan diberi mata berdasarkan aktiviti-aktiviti serta ujian-ujian yang dihadapi. Tahniah kepada kumpulan 3, yang diketuai oleh Sdri Michele dan rakan-rakan.

Majlis diserikan lagi dengan penganugerahan hadiah yang berupa sumbangan peribadi guru subjek mereka oleh Ketua Panitia Matematik En Zulkifli Zakaria.


Terima kasih kepada kepada En Zulkifli Zakaria dan semua pelajar 2 C endekiawan.

BENGKEL MEMBINA BLOG KEPADA PENGERUSI DAN N. PENGERUSI KELAB SUKAN DAN PERMAINAN, SMS LABUAN

Tarikh: 15 November 2010
Masa: 11.05 hingga 2.00 ptg
Tempat: Makmal Bestari

Atas permintaan Cik Rokiah Abdulah, PK KoKum SMSL , yang memohon agar Pengerusi dan Naib Pengerusi diberi pengetahuan untuk membina blog kerana tertarik dengan pembangunan blog kelab hoki (http://kelabhokismsl.blogspot.com.) , yang dibangunkan oleh saya sebagai penasihat.

Untuk itu seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah menyertai bengkel ini dengan objektifnya, diakhir bengkel setiap kelab sukan dan permainan smsl mempunyai blog sendiri.

Terdapat sedikit masalah internet walaubagaimanapun keseluruhannya adalah memuaskan.Semoga semua berjaya dalam blogging.

Kelab yang setakat ini mempunyai blog.
http://kelabbolajaringsmsl.blogspot.com/
http://kelabmemanahsmsl.blogspot.com/
http://kelabcatursmsl.blogspot.com/

TAKLIMAT MATAPELAJARAN ELEKTIF BAGI LEPASAN PMR SMSL

Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 8.00 hingga 9.00 pg
Tempat: Makmal Fizik

Sebagai aktiviti sokongan dalam program selepas PMR, guru-guru matapelajaran elektif dikehendaki menyampaikan taklimat pengenalan tentang matapelajaran tersebut kepada pelajar PMR iaitu pelajar tingkatan 3.
Panitia Fizik yang diwakili oleh cikgu Aizasharizam telah menyampai taklimat matapelajaran Fizik kepada pelajar. Modul taklimat digunakan adalah Pra-Ambang SPM yang mana mengandungi isi kandungan:
  1. Basic Physics
  2. Strategi Markah Minimum
  3. Persiapan Buku dan Nota 2011

Semoga pelajar tingkatan 3 mendapat gambaran apa yang akan diajar semasa tingkatan 4 nanti dan dapat bersedia dengan buku dan peralatan yang dikehendaki. Semoga maju jaya.

Kursus Manikayu Peringkat 1:Penerangan

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8pg hingga 5.00 ptg
Tempat :Perpustakaan Batu Manikar, WP Labuan

Alhamdulillah, Kursus Manikayu Pengakap (atau Kursus Kejurulatihan Pengakap) peringkat 1: Penerangan berjalan lancar. Saya bersama En Khairul telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh PPM cawangan Labuan dengan kerjasama JPNWPL.
Secara peribadinya saya pernah mengikuti kursus sebegini pada tahun 2002, walaubagaimanapun memandangkan pada April tahun ini sukatan Kursus Manikayu telah diubah dan menjadi 5 peringkat iaitu; Peringkat 1: Penerangan, Peringkat 2:Kursus(Camping) ,Peringkat 3: LDP, Peringkat 4 (Camping-XPDC), dan Peringkat 5(Lawatan). Adalah wajar untuk diambil sekali lagi bermula dari awal apatah lagi banyak perkara agak ingat-ingat lupa. Cuma diharapkan tiada masalah kekangan masa dan sebagainya yang menghalang untuk mengikuti peringkat 2 hingga peringkat seterusnya seperti dirancang oleh PPM labuan.

Barisan Jurulatih

Projek KML: Tabung Duit
(Antahlah, skipper nampak indak lobang duitnya di mana nanti)
Terima kasih kepada PPM, MPN dan JPWPL kerana mengadakan kursus ini. Semoga ketetapan untuk kursus lanjutan tidak terselisih dengan apa-apa program supaya membolehkan guru-guru menyertai kursus. Salam Berpengakap!

KASTEK 2010 SMSL: Pertandingan Roket

Tarikh: 21 dan 22 Oktober 2010 (Khamis/Jumaat)
Tempat: Padang SMSL
Masa: 2-3.30 ptg/7.30 pg-9.00pm

Minggu Sains dan Teknologi SMSL yang juga bersempena dengan program Selepas PMR menyaksikan beberapa pertandingan ko akademik dipertandingkan termasuklah Pertandingan Roket yang dikelolakan oleh En Aizasharizam dan En Aliakhbar.
Turut sama turun ke padang memeriahkan bersama pertandingan roket adalah PK Kokurikulum, Cik Rokiah dan Guru Kanan Bidang Pn Rohana Yasin merangkap Hakim Jemputan.
Pertandingan ini tergendala pada hari Khamis kerana kerosakan pada pelancar roket dan terpaksa ditunda pada keesokkan harinya. Akhirnya, keputusan pertandingan ini memihak kepada Rumah Panglima diikuti Naib Juara Rumah Bendahara, Rumah Lakasamana ke-3 dan Temenggung ke-4.

Semoga pertandingan ini akan diteruskan tahun hadapan dan permohonan untuk membeli pelancar roket sebenar yang lebih kukuh diluluskan memandangkan pertandingan ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu-ilmu sains dan menggalakkan pemikiran kreatif pelajar. Terima kasih kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.

JOTA-JOTI 2010

Tarikh: 15-16 Oktober 2010
Masa: 8pg - 9 mlm
Tempat : Perpustakaan Batu Manikar.

JOTA-JOTI ataupun Jamboree on Air and Jamboree on Internet, adalah satu program yang dianjurkan oleh kumpulan pengakap seluruh dunia sempena sambutan Hari Pengakap Sedunia. PPM cawangan Labuan turut menganjurkan acara ini dan menjemput pengakap-pengakap sekolah untuk menyertainya.
Pengakap Kump 19 SMS Labuan turut menghantar 4 orang peserta dalam program ini diiringi oleh En Khairul Isa dan En Aizasharizam sebagai guru pengiring. Walaupun penyertaan yang sedikit memandangkan berkebetulan pelajar balik bermalam, pengalaman 4 pelajar ini akan tetap boleh dikongsikan bersama kelak.



 Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengakap diajar cara mengadakan hubungan komunikasi melalui radio (Radio Amateur) dan internet "chatting" bagi mendekatkan persaudaraan dengan ahli-ahli pengakap lain seluruh dunia. Antara pengalaman pengakap SMSL adalah berkomunikasi dengan pengakap dari Jepun dan juga Indonesia. Selepas program ini, pengakap di anugerahkan dengan lencana JOTA-JOTI 2010.


Terima kasih kepada PPM terutama Scape Irfan, Scape Rahman dan lain-lain dari PPM Labuan dan tahniah kepada Pengakap SMSL.

Laporan: Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan

Kursus Ketua Patrol Dan 6 Sekawan
Serta Sambutan Hari Pengakap Sedunia
(anjuran JPNWPL dan Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan)
Tarikh: 1-3 Oktober 2010
Tempat: Pusat Ko-Kurikulum WP Labuan

Sekolah Menengah Sains Labuan turut menyertai kursus tersebut dengan menghantar seramai 7 orang pelajar daripada tingkatan 2. Peserta kursus diajar tentang ilmu-ilmu kepengakapan seperti pengendalian istiadat bendera, isyarat-isyarat pengakap, tatatertib pemakaian dan lain-lain lagi sepertimana yang terkandung dalam silibus kursus ketua patrol. Pengendalian kursus di uruskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Labuan dan dibantu guru-guru pengakap sekolah rendah dan menengah diketuai oleh Cikgu Yaakob dari SMK Lajau merangkap Pengerusi Teknik Pengakap JPWPL. Antara yang menarik ialah persembahan makan Malam Kebudayaan serta  Majlis Penutup dan Pemberian Anugerah Sempena Sambutan Hari Pengakap Sedunia. Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yg. Bhg. Tuan Haji Kaharuddin Momin dan juga Pengarah Pelajaran JPWPL, En Muhamad Zaki.


 Aktiviti Berkumpulan


 Kursus Ketua Patrol

 Wakil Peserta Dari SMSL

PROGRAM RAHSIA PEMERIKSA 2010: FIZIK

Tarikh: 25 September 2010
Tempat: Bilik Pancaindera SMSL
Penceramah: En. Ruslan Bustani (Pengetua, SMK Datuk Harun, Selangor)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga pelajar kita mendapat 100% "A" dalam Fizik tahun ini.Insya-Allah.















BAHAN ILMIAH

-untuk perkongsian dan sebarang komen penambahbaikan dialu-alukan

Modul Excel Paper 2 (Form 2)